SELAMAT HARI MURABBI & SALAM PERPISAHAN KPO SRIAAK

LEMON2small

 

SeLaMaT HaRi MuRaBBi 2019 & SaLaM PerPiSaHaN KPO SRIAAK

SEEKOR MERPATI TERBANG MENINGGI..
TERBANG MENUJU KE POHON CEMARA..
SUNGGUH TINGGI JASAMU MURABBI..
TIDAK AKAN KAMI LUPA SEPANJANG MASA..

Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua muallim muallimah yang tidak jemu menabur bakti mendidik anak bangsa, berkorban masa dan tenaga ke arah melahirkan generasi soleh wa musleh. Semoga Allah memberkati usia, usaha, dan kehidupanmu sentiasa. Benarlah bak kata pepatah, guru ibarat lilin yg sanggup membakar dirinya demi menerangi orang lain. Jazakumullahu khairon kathira.

TERBANG TINGGI SI BURUNG MERPATI...
TERBANG JAUH KE KAMPUNG SEBERANG...
PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI..
TIDAK AKAN SAMA SEPERTI TUAN SEORANG.

Tuan hji Muhammad Fakharuddin Abdul Kudos, satu nama yg tidak asing lagi di SRIAAK..Dua tahun satu masa yg singkat, namun perubahan yg dibawa sangat memberi impak yg hebatt. Dari segi pendidikan anak2, kebajikan guru2 hinggalah kepada peningkatan kualiti prasarana sekolah, insan inilah yg banyak berkorban masa tidurnya, masa bersama keluarga, tenaga dan usaha demi memastikan SRIAAK terus cemerlang, gemilang & terbilang. Alhamdulillah, walaupun berjauhan, tn haji masih sudi untuk memberi komitment memajukan SRIAAK. Jazakallahu khairon kathira.

Alhamdulillah dan Jazakumullahu Khairon Kathira juga kpd barisan ALP & PIBG SRIAAK atas cenderahati & penghargaan yang diberikan kepada guru2 dan staf sriaak sempena Hari Murabbi 2019 ini..

KARNIVAL MAHABBAH AL-AMIN (KAMAL)

KARNIVAL MAHABBAH AL-AMIN DAPAT SAMBUTAN LUAR BIASA!

sinar

Buat julung kalinya Sekolah Rendah Islam Al-Amin (SRIAAK) dengan kerjasama PIBG SRIAAK dan Pertubuhan IKRAM Kemaman telah menganjurkan satu karnival yang dikenali sebagai KARNIVAL MAHABBAH AL-AMIN (KAMAL) yang diadakan di pekarangan SRIAAK bermula 14 Mac hingga 16 Mac 2019. Bersesuaian dengan nama karnival, Mahabbah yang bererti cinta, kasih sayang kerana Allah, objektif utama karnival ini diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan warga SRIAAK dan masyarakat setempat di samping memperkenalkan SRIAAK kepada masyarakat dan juga sebagai ikhtiar bagi mengumpul dana untuk tabung pembangunan sekolah (PPAK) untuk perencanaan kesinambungan sekolah dan seterusnya meningkatkan lagi kualiti prasarana sekolah. Perasmian KAMAL yang telah disempurnakan oleh wakil khas kepada Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad iaitu Hj Muzahar Hitam itu telah menerima sambutan yang luar biasa dari seluruh masyarakat yang berada di dalam negeri Terengganu mahupun luar Terengganu. Antara aktiviti dan program menarik yang disediakan termasuklah Pameran agensi kerajaan dan swasta seperti bomba,aadk, pameran haiwan eksotik, arnab, kempen derma darah, soopa doopa, sriaak mahabbah run (fun run), pelbagai booth & gerai jualan, pasar karat, pertandingan azan, bakat anak-anak tadika, ceramah perdana, bicara hari wanita, tayangan amal palestin dan gegaran konsert amal oleh kumpulan nasyid In- Team. Setinggi penghargaan dan ucapan Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Karnival Mahabbah Al-Amin ini. Semoga SRIAAK terus maju dan berjaya melahirkan Generasi Soleh Wa Musleh.

ikram junior - Copyana muslimikram medic - Copylogo-bankrakyat logo-tabung-haji-png - Copy Logo Rakan Ukhuwah JPEG mcd mycare wanita ikram  shell  Sinar-Logo  singgah kitchen

KARNIVAL MAHABBAH AL-AMIN (KAMAL)

SEMUA DIJEMPUT HADIR!!!

bacdrop 6 x 6

tentatisf ss

KARNIVAL MAHABBAH AL-AMIN (KAMAL)

banner

You are here
Joomla extensions by Siteground Hosting