PERSARAAN GURU BESAR

  • PDF

SANJUNGAN BUDI KILAUAN BAKTI

website

MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR

Satu majlis bagi meraikan persaraan Guru Besar SRI Al-Amin Kerteh. Tn. Hj. Shamsudin Bin Ali telah diadakan pada 18 November 2018.

Majlis yang ringkas namun sarat dengan seribu kenangan ini menyediakan sebuah kereta kuda untuk membawa beliau berarak mengelilingi lebih 2 kilometer sebelum masuk ke pagar sekolah dan disambut oleh para pelajar.

Memetik ucapan yang disampaikan oleh beliau,besarlah harapan beliau agar anak-anak di SRIAAK dapat membuktikan bahawa sekolah mampu melahirkan pelajar yang berakhlak mulia dan mempunyai daya saing yang tinggi. Beliau juga akan sentiasa mendoakan agar guru-guru diberikan kekuatan dalam mendidik para pelajar.

Kami, warga kerja dan pelajar SRIAAK pasti akan sentiasa mengenang dan merindui kehadiran Tn. Hj. Shamsudin Bin Ali di sekolah. Semoga Allah sentiasa memberikan kesihatan dan usia yang berkat buat beliau. Semoga segala kebaikan dan pengorbanan yang ditabur juga disediakan oleh Allah sesuatu di akhirat kelak. KAMI SAYANG CIKGU

Last Updated on Friday, 04 January 2019 17:51

You are here