MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 18

IMG-20190203-WA0013 

Assalamu'alaikum ibu bapa yg dirahmati Allah..

Dijemput hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke - 18 seperti butiran di banner.

Sila respons kehadiran pada link yg diberi selewat-lewatnya sebelum 14 Februari 2019. Harap maklum..Terima Kasih.

https://pibg.typeform.com/to/pkn8J8

~kejayaan anak-anak adalah tanggungjawab kita bersama~

 

PEMANGKU GURU BESAR 2019

pemangku

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PUAN SITI ZABEDAH BT T.MOHAMED

di atas pelantikan sebagai Pemangku Guru Besar SRIAAK bagi sesi 2019 

Semoga SRIAAK terus maju dan cemerlang di bawah kepimpinan beliau

~Ke Arah Melahirkan Generasi Soleh Wa Musleh~

PERSARAAN GURU BESAR

SANJUNGAN BUDI KILAUAN BAKTI

website

MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR

Satu majlis bagi meraikan persaraan Guru Besar SRI Al-Amin Kerteh. Tn. Hj. Shamsudin Bin Ali telah diadakan pada 18 November 2018.

Majlis yang ringkas namun sarat dengan seribu kenangan ini menyediakan sebuah kereta kuda untuk membawa beliau berarak mengelilingi lebih 2 kilometer sebelum masuk ke pagar sekolah dan disambut oleh para pelajar.

Memetik ucapan yang disampaikan oleh beliau,besarlah harapan beliau agar anak-anak di SRIAAK dapat membuktikan bahawa sekolah mampu melahirkan pelajar yang berakhlak mulia dan mempunyai daya saing yang tinggi. Beliau juga akan sentiasa mendoakan agar guru-guru diberikan kekuatan dalam mendidik para pelajar.

Kami, warga kerja dan pelajar SRIAAK pasti akan sentiasa mengenang dan merindui kehadiran Tn. Hj. Shamsudin Bin Ali di sekolah. Semoga Allah sentiasa memberikan kesihatan dan usia yang berkat buat beliau. Semoga segala kebaikan dan pengorbanan yang ditabur juga disediakan oleh Allah sesuatu di akhirat kelak. KAMI SAYANG CIKGU

UPSR 2018

UPSR 2018

DSC 1397

Alhamdulillah wa syukurillah..KEPUTUSAN UPSR SRI AL-AMIN KERTEH meningkat dengan cemerlang lagi tahun ini kepada :

6A - 6 orang murid
5A - 1 orang murid
4A - 3 orang murid

3A - 4 orang muird
2A - 11 orang murid

dengan peratus kelulusan 97.7%

Alhamdulillah, SRI Al-Amin Kerteh berada di antara ranking terbaik antara sekolah-sekolah di seluruh Terengganu. Tahniah kepada semua atas kecemerlangan ini..Berkat USAHA + DOA + TAWAKAL, Allah hadiahkan kecemerlangan ini. Semoga SRIAAK terus berjaya melahirkan GENERASI SOLEH WA MUSLEH..Aamiin..inshaAllah.

You are here
Joomla extensions by Siteground Hosting