:
PENGENALAN


SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-AMIN KERTEH, TERENGGANU

 

Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kerteh (SRIAAK) ialah sebuah sekolah swasta yang menawarkan sistem pendidikan yang bersepadu dan holistik. Ia telah mula beroperasi sejak tahun 2001 dan merupakan salah satu sekolah yang bernaung di bawah IKRAM-MUSLEH.

 Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah sebuah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. MUSLEH pula adalah wadah yang dipertanggungjawabkan untuk memperkasa pendidikan melalui rangkaian sekolah Islam.

Diasaskan oleh Pertubuhan IKRAM Daerah Kemaman yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Fakhrul Anuar bin Zulkawi. SRI Al-AminÂÂ Kerteh telah berkembang dan mendapat sokongan baik masyarakat setempat. Bermula dengan 52 orang pelajar dan 6 orang guru pada 2001, kini SRIAAK semakin berkembang maju dengan kekuatan tenaga pengajar seramai 37 orang guru, 4 kakitangan pentadbiran dan 4 orang pembantu am. Kapasiti maksima adalah seramai 420 orang murid. Kesemua murid dan staff adalah beragama Islam.

SRI Al-Amin Kerteh pernah mengalami tragedi kebakaran pada 15 September 2006 yang telah memusnahkan bangunan asal sekolah ini yang dibina dari kayu. Namun, dengan semangat tidak berputus asa pihak sekolah dan bantuan dari orang ramai, bangunan baru telah berjaya didirikan dan digunakan pada sesi persekolahan tahun 2007.