BUAT JULUNG KALINYA SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-AMIN (SRIAAK) DENGAN KERJASAMA PIBG SRIAAK DAN PERTUBUHAN IKRAM KEMAMAN TELAH MENGANJURKAN SATU KARNIVAL YANG DIKENALI SEBAGAI KARNIVAL MAHABBAH AL-AMIN (KAMAL) YANG DIADAKAN DI PEKARANGAN SRIAAK BERMULA 14 MAC HINGGA 16 MAC 2019. BERSESUAIAN DENGAN NAMA KARNIVAL, MAHABBAH YANG BERERTI CINTA, KASIH SAYANG KERANA ALLAH, OBJEKTIF UTAMA KARNIVAL INI DIADAKAN ADALAH BERTUJUAN UNTUK MENGERATKAN SILATURRAHIM DI KALANGAN WARGA SRIAAK DAN MASYARAKAT SETEMPAT DI SAMPING MEMPERKENALKAN SRIAAK KEPADA MASYARAKAT DAN JUGA SEBAGAI IKHTIAR BAGI MENGUMPUL DANA UNTUK TABUNG PEMBANGUNAN SEKOLAH (PPAK) UNTUK PERENCANAAN KESINAMBUNGAN SEKOLAH DAN SETERUSNYA MENINGKATKAN LAGI KUALITI PRASARANA SEKOLAH. PERASMIAN KAMAL YANG TELAH DISEMPURNAKAN OLEH WAKIL KHAS KEPADA TIMBALAN MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN, DATUK RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH RAJA AHMAD IAITU HJ MUZAHAR HITAM ITU TELAH MENERIMA SAMBUTAN YANG LUAR BIASA DARI SELURUH MASYARAKAT YANG BERADA DI DALAM NEGERI TERENGGANU MAHUPUN LUAR TERENGGANU. ANTARA AKTIVITI DAN PROGRAM MENARIK YANG DISEDIAKAN TERMASUKLAH PAMERAN AGENSI KERAJAAN DAN SWASTA SEPERTI BOMBA,AADK, PAMERAN HAIWAN EKSOTIK, ARNAB, KEMPEN DERMA DARAH, SOOPA DOOPA, SRIAAK MAHABBAH RUN (FUN RUN), PELBAGAI BOOTH & GERAI JUALAN, PASAR KARAT, PERTANDINGAN AZAN, BAKAT ANAK-ANAK TADIKA, CERAMAH PERDANA, BICARA HARI WANITA, TAYANGAN AMAL PALESTIN DAN GEGARAN KONSERT AMAL OLEH KUMPULAN NASYID IN- TEAM. SETINGGI PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN KARNIVAL MAHABBAH AL-AMIN INI. SEMOGA SRIAAK TERUS MAJU DAN BERJAYA MELAHIRKAN GENERASI SOLEH WA MUSLEH.